Just Me :)

Just Me :)

Saturday, 15 December 2012

JANGAN sebut JANGAN!


Jangan sebut JANGAN! Aku kata JANGAN! JANGAN lah!

Hahak. Assalamualaikum :)

Actually, idea post ni tercetus dari ‘majlis ilmu’ Madam aku haritu. Oh! Hari ni Madam tak masuk kelas, dia MC, masuk wad. Feel sorry for her :(

Ha! Berbalik balik kepada ‘JANGAN’ tadi. Menurut beliau, *eceh!* kalau kita nak nasihatkan seseorang, jangan guna perkataan JANGAN. Sebab dengan menggunakan perkataan JANGAN tu, kita sebenarnya menggalakkan lagi untuk orang yang kita nasihat tu melakukan kesalahan tu lagi. Faham dok?

Okayla. I bagi contoh. Ceh! Ber-capital pula tetibe.

Okay okay. Contoh yang paling selalu kita nampak, budak-budak. Kalau Mak mereka kata JANGAN panjat. Dah confirm-confirmnya mereka akan panjat bukan? Even, Mak mereka dah cakap dah, “JANGAN panjat. Jatuh nanti! Cuba JANGAN degil!” . Aku bukan la nak mengajar para Mak ni macam mana nak ajar anak mereka, tapi kita kena ubah sikit cara nak mengajar generasi-generasi baru ni.

Sebenarnya, jika kita selitkan perkataan JANGAN tu, kita sebenarnya menggalakkan lagi mereka. Perkara ni tercetus kerana *eceh! Skema gila ayat* kita, manusia mempunyai minda yang mempunyai dua kategori, sedar dan separa sedar.

Kalau minda kita dalam keadaan sedar, selalunya untuk perkara yang kita sedar la. Contohnya, apakah jawapan bagi 2 + 54 – 90 + 43 – 13 x 2 =? . Kepala kita automatic akan cuba congak jawapan untuk soalan tu kan. Tapi kalau separa sedar pula contohnya, kalau ada orang cakap “JANGAN bayangkan kon aiskrim yang comel-comel kecil, yang ada aiskrim vanilla, yang dicampur dengan coklat, yang atas dia ada toping strawberry, dengan ‘chocolate rice’, dengan bla bla bla…” haha mesti korang terbayangkan kan. Even, dah letak perkataan ‘JANGAN’ kat depan tu.

Macam ‘ice berg’, *betul ke aku eja tu?* tahu ‘ice berg’? Bahagian sedar kat atas laut, separa sedar pula di bawah laut. ‘Ice berg’ bahagian atas laut tu lebih kecil dari bahagian bawah laut. Macam gambar kat bawah ni
Ha! Macam tu la rupanya ‘ice berg’, lebih kurang la. Aku lukis sendiri tau :P Tengok! Dari gambar tu kita boleh tahu betapa besarnya pengaruh minda separa sedar ni.
So, macam mana kita nak ubah cara kita nasihatkan budak-budak tu? Nasihatlah dengan cara macam ni, *ehem ehem* . “Anak-anak kalau panjat tu nanti jatuh. Sakit nanti. Nanti bukan Mak je susah, adik pun sakit nanti.” Ha. Contohnya la. Aku bukan pandai nau nak bagi banyak-banyak contoh ni. Benda ni bukan untuk budak-budak je tau. Untuk orang dewasa pun boleh. Contohnya  kepada mereka yang merokok tu. Don’t say JANGAN to them. “JANGAN merokok.” Ha, tentu-tentunya mereka akan merokok nanti. Kalau nak nasihatkan mereka, cakap macam ni,
“Merokok itu berdosa, kerana ia haram, kerana ia umpama membunuh diri sendiri.”
Hahak pandai pula buat umpamaan sendiri.
Haih~ dah macam pakar motivasi dah aku ni. Hahak. So, to future parents, don’t ever say negative words to your new generations. Especially to those at age 0-7 years old. Sebab mereka ni kecil lagi, dan mereka cepat serap apa yang berlaku disekeliling mereka. Hmm… dah dapat ilmu dah macam mana nak ajar anak aku nanti. Hahak.
That’s all from me. Hope apa yang aku sampaikan ni bermanfaatlah untuk korang apply-kan dalam kehidupan korang. Aku cuma berkongsi ilmu yang aku dapat je :) okay, assalamualaikum!

 

Hanya dengan berzikir! :)


Bila malam tiba…? Hahak. Bila malam tiba, mula la datang penyakit hati tu :’) It’s okay Zu. It’s the part of the ‘medicine’ for you to recover from your ‘heartache’. Just be patient. Berzikir selalu ya

Ha! Ni khabo sat. Dalam kelas tadi sempatlah Madam aku bagi majlis ilmu sekejap. Dunia ni memang banyak perkara yang boleh menimbulkan tension kan. Belajar tension, kerja tension, bercakap banyak tension, diam pun tension.
Haihh~ So, bila tension mula la kita sibuk fikirkan cara macam mana nak hilangkan tension ni an. Kalau orang perempuan dengan nak asik makannya. Kalau lelaki pula dengan nak lepak sepanjang harinya, main game la bagai!

Tapi sebenarnya, ada cara mudah untuk kita hilangkan tension ni. Tak perlu modal pun. Caranya adalah dengan berzikir selalu. Kerana penawar bagi tension ni hanyalah dengan BERZIKIR. Dalam al-Quran ada tulis pun. And it’s proven! Kajian menunjukkan kalau kita berzikir, akan tercetusnya DNA-DNA yang baru yang akan membuatkan kita tenang! Subhanallah~

See! Senang bukan hidup dalam agama Islam ni. That’s why I’m so grateful to be a Muslimah :) semua dalam hidup ni dah ada panduan. Allah SWT dah sediakan cara yang mudah untuk kita di dunia ni. Tak perlu la cari lagu tu, cari lagu ni, lagu K-Pop la, lagu M-Pop la. Just berzikir, berzikir sahaja! In syaa Allah kita akan tenang :)