Just Me :)

Just Me :)

Saturday 15 December 2012

JANGAN sebut JANGAN!


Jangan sebut JANGAN! Aku kata JANGAN! JANGAN lah!

Hahak. Assalamualaikum :)

Actually, idea post ni tercetus dari ‘majlis ilmu’ Madam aku haritu. Oh! Hari ni Madam tak masuk kelas, dia MC, masuk wad. Feel sorry for her :(

Ha! Berbalik balik kepada ‘JANGAN’ tadi. Menurut beliau, *eceh!* kalau kita nak nasihatkan seseorang, jangan guna perkataan JANGAN. Sebab dengan menggunakan perkataan JANGAN tu, kita sebenarnya menggalakkan lagi untuk orang yang kita nasihat tu melakukan kesalahan tu lagi. Faham dok?

Okayla. I bagi contoh. Ceh! Ber-capital pula tetibe.

Okay okay. Contoh yang paling selalu kita nampak, budak-budak. Kalau Mak mereka kata JANGAN panjat. Dah confirm-confirmnya mereka akan panjat bukan? Even, Mak mereka dah cakap dah, “JANGAN panjat. Jatuh nanti! Cuba JANGAN degil!” . Aku bukan la nak mengajar para Mak ni macam mana nak ajar anak mereka, tapi kita kena ubah sikit cara nak mengajar generasi-generasi baru ni.

Sebenarnya, jika kita selitkan perkataan JANGAN tu, kita sebenarnya menggalakkan lagi mereka. Perkara ni tercetus kerana *eceh! Skema gila ayat* kita, manusia mempunyai minda yang mempunyai dua kategori, sedar dan separa sedar.

Kalau minda kita dalam keadaan sedar, selalunya untuk perkara yang kita sedar la. Contohnya, apakah jawapan bagi 2 + 54 – 90 + 43 – 13 x 2 =? . Kepala kita automatic akan cuba congak jawapan untuk soalan tu kan. Tapi kalau separa sedar pula contohnya, kalau ada orang cakap “JANGAN bayangkan kon aiskrim yang comel-comel kecil, yang ada aiskrim vanilla, yang dicampur dengan coklat, yang atas dia ada toping strawberry, dengan ‘chocolate rice’, dengan bla bla bla…” haha mesti korang terbayangkan kan. Even, dah letak perkataan ‘JANGAN’ kat depan tu.

Macam ‘ice berg’, *betul ke aku eja tu?* tahu ‘ice berg’? Bahagian sedar kat atas laut, separa sedar pula di bawah laut. ‘Ice berg’ bahagian atas laut tu lebih kecil dari bahagian bawah laut. Macam gambar kat bawah ni
Ha! Macam tu la rupanya ‘ice berg’, lebih kurang la. Aku lukis sendiri tau :P Tengok! Dari gambar tu kita boleh tahu betapa besarnya pengaruh minda separa sedar ni.
So, macam mana kita nak ubah cara kita nasihatkan budak-budak tu? Nasihatlah dengan cara macam ni, *ehem ehem* . “Anak-anak kalau panjat tu nanti jatuh. Sakit nanti. Nanti bukan Mak je susah, adik pun sakit nanti.” Ha. Contohnya la. Aku bukan pandai nau nak bagi banyak-banyak contoh ni. Benda ni bukan untuk budak-budak je tau. Untuk orang dewasa pun boleh. Contohnya  kepada mereka yang merokok tu. Don’t say JANGAN to them. “JANGAN merokok.” Ha, tentu-tentunya mereka akan merokok nanti. Kalau nak nasihatkan mereka, cakap macam ni,
“Merokok itu berdosa, kerana ia haram, kerana ia umpama membunuh diri sendiri.”
Hahak pandai pula buat umpamaan sendiri.
Haih~ dah macam pakar motivasi dah aku ni. Hahak. So, to future parents, don’t ever say negative words to your new generations. Especially to those at age 0-7 years old. Sebab mereka ni kecil lagi, dan mereka cepat serap apa yang berlaku disekeliling mereka. Hmm… dah dapat ilmu dah macam mana nak ajar anak aku nanti. Hahak.
That’s all from me. Hope apa yang aku sampaikan ni bermanfaatlah untuk korang apply-kan dalam kehidupan korang. Aku cuma berkongsi ilmu yang aku dapat je :) okay, assalamualaikum!

 

Hanya dengan berzikir! :)


Bila malam tiba…? Hahak. Bila malam tiba, mula la datang penyakit hati tu :’) It’s okay Zu. It’s the part of the ‘medicine’ for you to recover from your ‘heartache’. Just be patient. Berzikir selalu ya

Ha! Ni khabo sat. Dalam kelas tadi sempatlah Madam aku bagi majlis ilmu sekejap. Dunia ni memang banyak perkara yang boleh menimbulkan tension kan. Belajar tension, kerja tension, bercakap banyak tension, diam pun tension.
Haihh~ So, bila tension mula la kita sibuk fikirkan cara macam mana nak hilangkan tension ni an. Kalau orang perempuan dengan nak asik makannya. Kalau lelaki pula dengan nak lepak sepanjang harinya, main game la bagai!

Tapi sebenarnya, ada cara mudah untuk kita hilangkan tension ni. Tak perlu modal pun. Caranya adalah dengan berzikir selalu. Kerana penawar bagi tension ni hanyalah dengan BERZIKIR. Dalam al-Quran ada tulis pun. And it’s proven! Kajian menunjukkan kalau kita berzikir, akan tercetusnya DNA-DNA yang baru yang akan membuatkan kita tenang! Subhanallah~

See! Senang bukan hidup dalam agama Islam ni. That’s why I’m so grateful to be a Muslimah :) semua dalam hidup ni dah ada panduan. Allah SWT dah sediakan cara yang mudah untuk kita di dunia ni. Tak perlu la cari lagu tu, cari lagu ni, lagu K-Pop la, lagu M-Pop la. Just berzikir, berzikir sahaja! In syaa Allah kita akan tenang :)

Sunday 16 September 2012

All In English :)

Assalamualaikumm :))

Haha. I'm so excited right now because it's has been a long time I didn't update my blog. It's not thatI don't want to update, it's just there's a technical problem. I don't know why I can't open my blog and I have tried many times back then. And tonight, I tried it again. And BOOM!! So sudden I speak English?! WhatThe..?

Haha it's nothing actually. I just want to improve myself in English. As you all know I'm studying in UIA as I mentioned in last post. So I have to speak in English. I admit it kinda hard for me as my English is not very well.

But that's only the problem. I have to speak in Arabic as well. O.o! I'm serious okay. Argghh!!! I feel totally stressed up right now. My spirit is totally down right now actually. I don't know to who I want to express this feelings.  And thank God I can sign in my blog back, and I'm gonna to release all my problem here.

Haha! No actually. I think I'm gonna to tell a storyabout mylife right now :)

Okay, first of all about my studies in UIA. Well, it's not bad actually. Its just that I haven't have a best friend yet. I usually hang out with my roomates and a couple of my classmate. It's not that I'm being 'sombong' or whatever. I just can't fit in with them. We are not in the same 'kepala'. Whatever that I'm thinking is my BFF at my previous school. Seriously, I miss them a lot.

So, I have to study there until 2014. Then, I'm going to whether in Gombak or Pagoh. I'm not sure about that. But whatever it is I have to pass my test! Seriously I'm so exhausting about my studies. I felt like I don't want to study anymore. I just want to quit, work and help my parents. But, I know my parents wouldn't let me to do that. So sad you know huhu :( But I'll try my best. Insyallah :')

I just hope that I'm going to survive for mylife. I'm totally feel like....I don't know. It's confiusing.. @.@

Haha. Okay, I'm running out of idea right now.I don't know when I'll update my blog again. So, you guys just wait okay. Tata~

Tuesday 29 May 2012

Saya Bahagia :)

Assalamualaikum..

Hai, just nak bagitahu yang saya akan memulakan kehidupan baru saya :)
OK sebenarnya dah lama dah baru, aku je yang tak sedar sedar lagi tapi sekarang dah sedar :))

Tahu kenapa tiba tiba aku nak cerita pasal ni? OK jangan tanya, sebab aku pown tak tak tahu kenapa HOHO.. Suka hati la nak cerita apa. Blog aku an, sibuk mu!

Pada 26hb Mei hari tu, kelas aku ada buat reunion, dekat- dekat dengan pantai. Cuz nak buat kat pantai ada function la hari tu, sibuk! So, terpaksalah kami buat dekat-dekat dengan pantai tu je.

Best tak? Best lerr.. Nak nak aku ni ha dah lama tak jumpa kengkawan yang dicintai.  CEH! Cinta le sangat. Haha tapi betul aku sayang korang :D

Reunion tu dibuat khas untuk mereka mereka yang akan melanjutkan pelajaran masing-masing yang luar dari Melaka, termasuk aku la. Haish.. Apa la nasib aku asik dapat yang jauh jauh dari member jer -,-

Walaupown tak semua dapat join, tapi kira meriah la juga. Datang, makan, buat hal kejap, amek gambar lepas tu blah. Haha terbaek kan! OK gurau gurau. Macam tu pown aku yakin korang akan ingat reunion ni an. Ingat sikit sikit pown jadila :D

Selain itu, mereka kata saya gomok sudah. HAH! Takleh jadi ni :( That's it! Lepas ni sebulan wa takmo makan nasi!

HAHA boleh ke tahan Zulaika?

HMM.. Belum cuba belum tahu kan? Peace!


Alalala~ try ar.. Memang berazam pown nak buat camtu.  Sebab I nak kurus camni dia ni:




Hee~ lawa kan dia. Siyes babe wa jealous tengok dia. Sebab tu wa jadikan dia idola gua. Sejak dia masuk AF lagi wa dah minat dia. Bagi gua la an dia sempurna dari semuanya <3 !

Tapi aku sedar siapa aku. Aku tak secantik, secomel, selawa, sepandai dia. Aku terima je la seadanya aku. Syukur dengan apa yang diberiNya :)

Haha pape la weyh.. Yang penting aku bahagia sekarang, dengan family aku, dengan member aku, dan dengan diri aku sendiri <3


Itu sahaja dari saya. Tata~

I'm Back ! :DD

Assalamualaikum..

Hai.. Lama dah aku tak update blog ni an. Sori la. Aku agak busy di KL. Kat KL tu pown takde kemudahan internet kat rumah Pak Long aku tu. *ceh! aku cerita pown macam ada orang kesah pulak kan*

BTW, blog sekarang dah berwajah baru ya. Aku baru tahu. Al-maklumlah saya kan dah lama tak buka blog ni. Sampai dah berhabuk dah dia. Ngeh3~

HMM... Nak tahu tak? Saya dah berhenti kerja, kerana akan melanjutkan pelajaran saya di UIA, PJ. *YEAY!! :DD* Okay, aku pown tak tahu la kenapa 'YEAY' haha bengong Zulaika ni.

Sekejap je kan, aku dah nak masuk U dah. Aduh~ aku rasa baru je aku amek SPM beberapa hari yang lepas. Tup tup dah masuk U dah. Duhh~ I'm not even 18 yet. Tak kisah la. Rezeki kau, kau amek la. Ingat senang ke nak dapat? Hakhak :DD bengong bengong~~

Aku dapat kos asasi kejuruteraan dan sains komputer.

WAHH!! GEMPAK UH!!

gempak maksudnya SUSAH NAK MAMPOS LERR!!

Haha melampau an.. Takde la sampai nak mampos, just perlu 'struggle' lebih la. Nasib baik asasi dua tahun. Kalau setahun, mahu tak botak kepala aku study nanti hakhak. BOTAK HEAD !

Perasaan aku? Hmm... Sekarang ni tak rasa apa apa la. Aku kan perempuan yang takde perasaan -.- ramai yang berkata begitu. Kejam bukan~

Haha sekarang je la tak rasa apa apa. Tapi aku yakin bila mak ayah aku dah tinggalkan aku kat UIA tu mesti aku dah rasa nervous gila gila MELAINKAN, aku dah ada member kat situ. Haa.. Kalau dah ada member yang sekepala memang tak ingat dunia la aku hoho..

Aku daftar 2 Jun nanti, ada lagi 6 hari. Preparation? Hmm..

Packing baju: COMPLETE!
Barang-barang: ALMOST!
Dokumen penting: SIKIT JE LAGI!
Persiapan fizikal dan mental: FIZIKAL 80% , MENTAL 20%

HAHAHAHA!!

Serius duh, sejak tak study ni kepala otak tepu! kalau cakap dengan orang pown L O A D I N G je~

Okay okay Zulaika, anda akan melangkah ke dunia luar sebentar lagi. Prepair yourself sayang :') be strong okay. Ingat Ummi, ingat Abah. Yang paling penting, ingat Allah.

Hee~ ni je aku nak post kali ni. Otak beblurr le tiba tiba hakhak. Tatata~ Assalamualaikum :))

Wednesday 21 March 2012

Alhamdulillah :D

Assalamualaikum....


Hai, lama tak ku update blog ni an. Okay, nak cerita balik sejak aku tinggalkan blog ni. *ehem ehem*


Okay, pada 12 Feb yang lalu, aku berjaya mendapatkan lesen kereta aku. Yeah! Akhirnya berjaya. Haha, amek dua kali. Sekali gagal kat bahagian 3 penjuru. Ah $#!+ huhu. Nasib baik kat jalanraya aku okay. So kali kedua aku amek, alhamdulillah lulus! :D


Tu berita gembira. Tapi ada pula berita tak gembiranya :( Malam dapat lesen tu, terus mak aku hantar pergi KL. Mak aku suruh kerja kat sana, Midvalley. Pasal rumah mak long aku dekat je dengan Midvalley. Jalan kaki makan masa 10-15 minit la. Aduh~ memang sedih giler-giler nak tinggalkan Melaka :'(


Tapi, dari aku duk Melaka, nak kerja mana kan? Kalau nak kerja kat pekan tu nak naik apa? Bawak motor gerenti ayah aku tak bagi. Kereta? Memang mustahil.. Nak naik bas? Malas.. Hoho.. Ni la dugaan jadi anak perempuan tahu =='~


Nak taknak aku pergi jugak. 16 Feb, aku dah start kerja. Aku jadi kerani kat JJusco Midvalley. OK la kerja dia. Tak penat. Takyah jumpa customer. Duduk dalam pejabat je. Alhamdulillah :D rezeki aku :) kan dah kata, mesti ada hikmahnya :)


Mula-mula memang agak susah la. Nak-nak dengan anak-anak mak long aku yang semuanya lelaki. Dah besar pula tu. Yang perempuan sorang pown belajar kat Melaka. So aku la pengganti anak perempuan dalam rumah tu. Tapi lama-lama aku dah mula sebati dengan dorang kot. Anggap je dorang macam adik-beradik aku. Batas tetap ada la.


Kat tempat kerja, seriusly walaupown dah sebulan tapi aku still takde kawan kat situ. Aku rehat pown makan dengan kakak, abang-abang kat tempat kerja tu. Memang sunyi ar. Nak dengar suara aku pown susah. Haha. Tapi nasib baik orang dalam ofis tu peramah semuanya. At least ada juga yang bercakap dengan aku. Takde la aku macam orang bisu kat situ. Hoho.


Lagi satu, orang kat tempat kerja tu kata aku ni pendiam sangat. Yang paling tak boleh blah dorang kata aku lembut sangat-sangat. Walaweyh.. cover cun ke? Hahaha.. Dorang tak tahu yang aku ni disebaliknya. Wahaha. Pandai juga aku berlakon :P takpe tunggu dulu. Nanti lama-lama korang nampaklah Zulaika yang sebenar-benarnya 3:)


Hari demi hari, minggu demi minggu, keputusan SPM pown dikatakan keluar 21hb.. Seminggu memang takde rasa pape. 4 hari lagi.. 3 hari lagi.. 2 hari lagi dah mengelabah sikit. Asik makan coklat je aku. Haha. Nerbus nye pasal :S


Sehari sebelum result, aku balik Melaka. Tidur lena... Pelik gak aku haha. Bangun takde rasa apa. Siap boleh online FB lagi. Pukul 9 siap-siap. Kumpul kat rumah kawan dulu. Sampai sekolah boleh jalan-jalan lagi. Tapi bila sampai kat kantin, duduk, kaki dah macam kena parkinson. Try tenang, dengar lagu-lagu rancak, tak jadi gak. Muka memang nampak cuak je. Bangun jalan-jalan lagi, melompat, lari-lari. Haha aku kalau nerbus memang camni. Tak boleh duk diam =='


Langkah terakhir, ketawa :D barulah nerbus tu hilang sikit. Haha. Then, datang cikgu yang nak umumkan keputusan. 10A..dalam mimpi je la ada nama aku. 9A..adalah dua orang.. 8A tiga orang. I'm one of them :D alhamdulillah :D memang tak sangka gler-gler ar nama aku. Akhirnya, Allah dengar, makbulkan doa aku nak tengok senyuman Ummi :)


Memang.. siapa tak bahagia kan.. :) aku hanya mampu bersyukur..


Alhamdulillah :D dah rezeki aku. Menangis bila aku dengar suara Ummi ucapkan kata syukur masa aku call dia. Haha segan siyot bila semua orang nampak aku nangis. Adududu~

Tapi papepown alhamdulillah sangat sangat Tuhan dah makbulkan doa aku. To my Ummi and Abah, those A's are just for you. I LOVE YOU <3

Aku mula ke arah ke'perempuan'an?

Hai.. Assalamualaikum :)

Haha. Aku tahu apa korang fikir. Tajuk kat atas tu agak pelik kan? Aku pown pelik jugak. Haha.

Bukan apa la. FYI, dulu aku ni agak tomboi la. Sampaikan Ummi aku kata aku ni 'jantan'. Huh! Teruk nau ke? Hahax

Boleh la. Sebabnya :

1. Aku tak suka pakai baju kurung
2. Aku terlalu taksub dengan warna hitam
3. Aku selalu main bola dengan adik lelaki aku
4. Aku selalu lepak dengan sepupu lelaki aku
5. Aku panjat pokok dengan diorang

Ouh, banyak la pulak. Aku ingat 2-3 je tadi. Haha. Tapi sekarang :

1. Aku dah makin suka pakai baju kurung. Jubah pown kadang-kadang aku nak try pakai XD
2. aku dah mula suka dengan warna lembut. Eg: Purple :)
3. Aku dah tak suka main bola
4. Aku dah jarang lepak dengan sepupu lelaki aku. Sebab jarang jumpa :)

Dasat an. Semuanya berubah. Tapi ada lagi dasat...
*dengan nada berbisik* aku dah start rasa suka nak bermekap :P

Hahaha. Bukan mekap tebal-tebal dengan blusher tu semua la. Aku lebih fokuskan kepada celak. Yes, celak. Aku tak tahu la kenapa kan. Maybe nak mata aku nampak lagi besar kot. Macam Heliza :3 Comel la dia. Haha. Tapi papepown aku bersyukur dengan apa yang dah Allah beri pada aku. Alhamdulillah :D

Haha. Tapi sampai sekarang aku tak penah nak tonyoh kan celak kat mata aku ni. Sebab aku takde celak :D nanti la. Ada duit nanti aku beli. Haha. Tapi sekarang aku pakai bedak je la. Bedak compact. Selama ni tak pernah aku pakai. Tiba-tiba aku start pakai. Nak membesar kot. Hoho. Lip gloss..tu je la aku duk sapu sekarang. Masa akan datang, Insyallah lipstik plak :P

Lagi-lagi, aku dah start ikot fashion. Aku mula la tengok-tengok majalah pasal pakaian yang latest. Tapi aku tengok gak, selalunya aku tengok yang ala-ala muslimah je la *ceh ceh* haha. Aku suka la. Kalau pakai yang ketat-ketat gerenti kena sound punya dengan Ummi aku. Aku pown tak berapa nak minat.

Gelang-gelang, rantai pown aku dah suka pakai. Cincin kurang la sebab aku rimas la pakai. aku suka gelang yang besar senang nak masuk nak keluar tu. Tapi bukan rezeki aku takde lagi gelang camtu :P

Ntahla. Maybe sebab dah besar kot aku nak jadi lembut sikit. Biarla. Kalau perempuan ganas bukan perempuan namanya tu. Tapi jangan lembut sangat, kasar sikit takpe. Hehe. Harap-harap perubahan ni dapat diterima orang lain.. Amin~