Just Me :)

Just Me :)

Saturday, 24 December 2011

Family in 5SC2! :D

Kelas yang memang kecoh setiap hari :D
Kenapa aku tulis family in 5SC2? Sebab dorang ni dah macam family aku dah. Ketawa, gelak, gaduh, study bersama. Macam-macam manis and pahit yang kitorang alami :) and membuatkan kitorang macam satu keluarga :)

Tujuan aku nak buat post kali ni tentang budak kelas aku hanya satu. Sebab aku rindukan mereka :)

Ya lorh.. Dah terbiasakan bangun pagi, mandi, sarapan, pergi sekolah, masuk je kelas dah nampak muka diorang. Lepas tu mula la 'HOHA HOHA' kat dalam kelas. Tiru kerja sekolah mana yang tak siap. Oopss.. hehe. Totally miss it :(

Tapi sekarang dah habes sekolah takde la lagi nampak muka diorang. Yang nampak pown kawan-kawan yang ambil lesen dengan aku je. Yang lain pown aku nampak juga. Dalam FB. Hahax :D

Okay, enough bla bla bla... Aku nak ceritakan sorang demi sorang budak kelas aku :D



Okay, first ofkos la ketuanya kan. Ketua mesti didahulukan. Nama dia Iswan :). Sebagai ketua kelas, kitorang panggil dia 'CHIF'. Tapi, aku lagi suka panggil dia 'BAPAK'. Saja nak kan kelainan. Dia ni sporting. Layan je aku macam anak sulung dia hahax. Dia bertanggungjawab juga la. Sentiasa tenang je bila buat kerja dia. Kena marah camne pown, kena hentam teruk mana pown, dia boleh 'stay cool' lagi. Haha yang tu memang aku 'tabik spring' punya! :D Paling suka nyakat cikgu. Nak-nak bila cikgu minta hantar buku, jawapannya, "Buku hilang cikgu.." :)


Second, 'PENOLONG CHIF' , Raihan. Yan for short :) Dia ni salah satu geng sekepala aku la. Dia ada hobi tau. Pelik-pelik je semua. Satu, KETAWA :D Dia suka ketawa tanpa sebab. And kadang-kadang aku pown terikut sekali ketawa sebab tengok dia ketawa sorang-sorang. Hoho. Dua, suka pukul orang suka-suka hati dia je. Siapa yang duduk sebelah dia memang selalu jadi mangsa la. So, kena fikir dua kali kalau nak duduk sebelah dia hahax. Dia seorang yang ceria, ketawa je mana tak ceria kan. Tapi korang jangan la buat dia marah. Dah berhari-hari pown belum tentu marah dia reda. Papepown, aku suka kawan dengan dia. Sebab dia suka buat aku ketawa :D

So, chif dengan penolongnya sudah. Kita cerita yang lain pula okay. Aku taknak membandingkan siapa-siapa la. Turutan gambar yang aku susun ni aku ikut nombor gilaran je. No heart feelings kay guys and girls :)


Yang ni namanya Zamir, hantu galah dalam kelas kitorang. Dia baru masuk masa Form4. Ala budak baru biasa la kan. Mula-mula diam je. Lama-lama dah mula tunjuk belang dia. Dia memang pakar dalam bab kutuk mengutuk orang ni. Memang sakit hati la kalau duduk bercakap dengan dia hahax. Tapi dah duduk sekelas kan. Lama-lama dah lali la dengan perangai dia. Kalau sakit hati tu membara sangat, kau kutuk la dia balik. Habis cerita :) *gurau ye Zamir :D


Syira :) pown kawan sekepala aku jugak. Aku suka panggil dia 'BISKUT CRACKER' sebab dia keding lagi kering hakhak. Nampak pendiam malu-malu kan. Tapi tengok la, bila dah datang sengalnya memang sampai ke rumah korang akan ingat dan ketawa sorang sorang hahax. Dia duduk kat sebelah aku dalam kelas. Rumah dia dekat je dengan sekolah. So, kalau nak study group petang-petang study je kat rumah dia. Lagi satu kalau mak ayah aku nak balik kampung tanpa aku (sebab aku ada pekse ke pape) aku tumpang la rumah dia. Senangkan pergi sekolah. Takyah bazir tambang bas. Anw, best kawan dengan kau syira :D


Mamat yang bersongkok and nampak baik ni Hafiszan. Tapi suka menggelarkan dirinya sebagai 'SULTAN PIJAN'. Aku pown tak tahu kenapa. Aku boleh tahan rapat la dengan dia. Suka manja manja dengan dia. Anggap dia sebagai abang aku :) Dia ni pandai LKJ. So, kalau pape yang aku tak paham aku tanya dia la. Haha. Dia suka melukis. Kartun la kebanyakannya. Lawo lawo :)


Sorang lagi rakan sekepala aku. Haha. Sorang-sorang keluar. Yang ni namanya unik sikit. Norbaini. Tapi aku panggil dia 'MOK' je. Ringkas lagi padat bukan :) Dia ni memang suka sangat sangat buat kerja. Orang harapan cikgu haha. Cekap buat kerja la kiranya. Kalau ada pape mesti cikgu panggil dia. Kesian aku nengoknya. Kadang-kadang dah macam orang sasau je bila tengok dia kepenatan haha. Dia ni kira orang yang agak kecoh la dalam kelas. Kecoh kerana dia sering L O A D I N G. Haha :D and and mulut dia tak boleh benti bebel. Cikgu cakap ada je jawapannya. Haish :D


Yang telinga capang cam Nabil ni Fakihin. DJ sekolah kita :) Setiap kali kat perhimpunan dia la yang baca doa. Kalau nak buat pengumuman suara dia la yang dengar. Memang pakar bab-bab IT ni. Ouh, salah seorang hacker juga. So, kalau komp korang kena hack ke hape ke, korang serang je dia. Haha. Jahat tetibe. Kitorang juga panggil dia 'TOYOL'. Sebab badan dia kecik je. Ada makwe der. Sama saiz je dengan dia :)


 

Kalau tadi kita ada 'BAPAK', ini 'MAMA' datang, Kahtini :) The only reason I called her that sebab dulu dia ni garang. Kalau marah semua orang diam. Haha. So, 'bapak' tadi dengan 'mama' ni selalu gaduh. Nak berebutkan anak. And aku la 'ANAK' diorang :D Dia ni pandai math. Setaraf aku la. Well, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Hmm? *ceh ceh* Dia ni ganas. Orang panggil dia "Geng Kapak' haha :D


Wokeyh.. Mamat stylo kat atas ni Taufiq :) Tapi aku suka panggil dia 'POKCIK'. And dia suka panggil aku 'Zack'. Haha. Cam tomboy nau aku ni. Dia sama je cam Baini la. Orang harapan cikgu :) Haha. Aku boleh tahan la rapat dengan dia. Dia ni manja la dengan budak-budak kelas aku. Tu sebab dia rapat dengan semua orang, including me :) Thanks pokcik, sebab kawan dengan aku :)


Najwa Latif? Bukan la. Dia classmate aku, Najwa, juga 'Geng Kapak' :) Dia ni kalau cakap mesti nak dengan nada yang manjew gitu. Haha. Aku suka ajuk cakap dia. Bestla cara dia cakap. And kalau dia buat lawak mesti spontan punya. Kadang-kadang macam dia tak sedar je yang dia dah buat lawak. Haha. I'm gonna miss you Juwa :D


Amirul, atau nama manjanya Yon. Yon pown aku rapat dengan dia. Kalau pape yang dia tak paham dia cari aku la. Aku pernah merajuk dengan dia, pasal ape aku tak ingat pulak. Ngeh3. Korang tahu, dia risau aku tak bercakap dengan dia. Banyak kali minta maaf. Hahaha Yon Yon. Sayang juga kau kat aku an. BTW, best kawan dengan kau. And thanx coz jadi kawan aku :DD

 
Hafezah. Nama panggilan, Ejah Mucuk. Haha. Ejah je la :) Lagi sorang 'Geng Kapak'. Dia ni nampak je lembutkan. Tapi kasau orangnya. Kalau cakap lagi kasau :) Dia sayang sangat kat abe dia hehe. Dia ni pown manja jugak dalam kelas aku. Ramai pula orang yang manja dalam kelas aku ni ek? Mungkin sebab dah selesa kot. Haha. Peace Ejah ^^v


Lagi sorang yang bajet cute ni Fitri :) Agak nakal orangnya. Tapi dia okay la. Anak angkat mak aku. Hoho. Seorang yang sentiasa bajet cute. Sampai kat kertas pekse pown dia tambahkan perkataan cute kat belakang nama dia. Haha :)


Amirah, lagi sorang geng sekepala aku :) Ni ni nak tanya korang. Cuba korang tengok muka dia. Then korang tengok muka aku. Sama ke? Aku tanya sebab ramai cikgu yang kompius antara aku dengan dia. Sampai terbalik-balik. Haha. Mira, seorang yang ceria juga, pemalu ada sikit, senang cerita kebanyakannya macam aku la. Ouh, no wonder ramai cikgu kompius. Haha. Dia pandai bercerita. Kalau dia cerita memang terasa realnya. Rindu nak dengar kau bercerita Mira :)


Hilmi, peminat Albert Einstein :) Dia ni pown nakal juga. Sekepala dengan Fitri tadi la. Emie for short. Ouh, dia minat magic. Setiap kali waktu rehat mesti dia keluarkan kad-kad magic dia. Pastu mula la dia main-main dengan kad tu. Antara hobinya suka 'HOHA HOHA' dalam kelas. Haha. Dia suka buat lawak. And kalau bab kacau-kacau orang ni, dia la yang expert. And aku la antara mangsanya. Rimas memang rimas, tapi kalau takde dia dalam kelas aku, memang terasa la kesunyiannya. Senang cerita, dia juga memainkan peranan penting dalam me'MERIAH'kan kelas kami :D


Yang comei-comei ni *from left* Nafiqah and Saharah :) Dorang ni sering dikatakan kembar sebab ketinggi badan sama je. Haha. Eika dia kasar sikit la dari Sara. Sara lebih lemah lembut and kalau ditengok dari jauh macam budak Form1 je.Hehe. Lawa, kelakar pown ada :) Lama tak lepak-lepak dengan korang :)


Syafiq. Ya, dia budak BIO. Dia boleh tahan pandai. Tapi kadang-kadang dalam kelas dia agak blurr.. Tapi yang anehnya, dalam blur-blur tu pown dia boleh jawab soalan yang cikgu tanya. Haha. Dahsyat bukan :)


Yang ni Nazmi, 'RAJA HIBERNASI' dalam kelas kami :) Sebab dalam kelas dia madang tidur je. Penat jaga anak agaknya. Haha :D Selau kena sound dengan Baini. Tu pown dia tak serik-serik lagi tetap dengan pendiriannya mahu tidur~


Lastly, Budak-budak cina dalam kelas kami :) *from left* Bong, Jia Hui, Li Yuin, Pei Ching and the boy at the back is Quek. *sorang lagi budak cina, Seneca, tak dapat jumpa gambar dia* Budak cina kitorang rapat juga la. Tapi rapat macam budak kelas je. Rumah alamat semua tak tahu. Hihi :D But best kawan dengan diorang. Diorang boleh bagi kerjasama dengan kitorang tanpa ada banyak masalah. Thank you guys :)


 Itulah sedikit sebanyak tentang member-member saya dalam 5SC2 :)

 Terlalu banyak kenangan aku dengan korang yang tak mungkin dapat dilupakan begitu sahaja. Maafkan aku kalau aku ada buat silap kat korang. Lepas ni mungkin kita jarang-jarang ketemu :)




Sayang korang <3

Last ucapan aku, moga korang success dalam hidup masing-masing. And tak lupakan aku. Aku pasti akan rindu korang nanti. Pasti!

Adios kawan~  :)


Friday, 28 October 2011

Best Day EVER!!

Assalamualaikum


Hai :)


It's me again. Who else haha. (sorry, giler sekejap :))


Nampak tak title kat atas tu? reti baca tak? kalau tak reti masuk tadika balik-lah..


Hari ni memang hari yang terbaekk dalam tahun ni.


Sebab? sabar-lah. aku nak citer le ni.. hehe


Sebab yang pertama, today is my birthday :) Yeah! genap sudah 17 tahun umurku. besar dah kan ( besar-lah sangat. orang lain tengok aku macam budak tak cukup umur je =='.. )


Haha sape tak happy time birthday dia an. termasuk-lah aku. happy gegila. sampai tak ingat dunia. haha ( melampau! )


Best jugak kalau sambut birthday kat sekolah. dapat happy happy dengan kengkawan aku. serius aku happy tadi. celebrate birthday aku dengan cikgu chemistry aku. yup, birthday aku sama dengan birthday cikgu kimia aku ( dengan harapan.. moga ilmu kimia dia tu boleh turun kat aku sikit. hoho )


Selalunya bila sambut birthday mesti kena main krim kek an.. tapi kengkawan aku yang masuk air ni takda makna nya nak main krim kek ni sume. sebab krim kek telah pown dibuang awal-2. hakhak ( selamat aku.. )


So, sebagai ganti krim kek dowang gunakan ais batu untuk main baling-2.


Yup.. ais batu yang keras kepala boleh benjul kalau kena baling tu. dowang baling kat aku. and and... aku je pulak tu jadi mangsa =='..


Tapi tapi.. aku tak kesah pown. cuz.. aku dapat tengok dowang happy. and at the same time, aku pown happy jugak :) walaupown saket badan-2 aku kena baling dengan dowang. hehe :DD


Korang memang terbaekk-lah. tak pernah dibuat orang sebelum ni birthday girl kena baling ais. hahax XD


SAAYAANGG KORANG <3

Okay, sampai sini saja tazkirah tengah malam saya :) trimas sebab sudi bazirkan masa anda disini. hahax XD bubye ^^

Saturday, 22 October 2011

Hey There! :)

Assalamualaikum...


Hai.. :)


Actually, this is my second blog. Blog yang pertama ada masalah (Tak tahu la apa masalahnya). Anw, tujuan aku buat blog yang kedua ni just for fun. I'm bored. Takde sape nak chat dengan aku. Borak-borak dengan aku (Tengahtengah malam. Memang-lah takde orang Cik Zulaika oi! =='..)


Aku ni SPM candidates (Tibe). SPM tak lama je lagi. Kalau tolak Sabtu, Ahad, Cuti Awam, Time aku makan, minum, berangan (And sewaktu dengannya) tinggal seminggu je lagi nak sampai ke tarikh keramat tu.. OMG!!


Yang aku ni pulak tak sedar diri. Still lagi mainmain. Tak serius.


Note: Tolong jangan jadikan saya sebagai contoh ya :) Trimas


Alaa.. Aku bukan apa. Just nak mengisi kekosongan dalam hidup aku ni je. (Ceh! Kosong-lah sangat!) Haha. Taklah. Nak mengisi kebosanan dalam hidup aku ni je. So, cara aku nak mengisi kebosanan aku adalah dengan bercakap sorangsorang. Yeah! Ni la hobi aku yang paalliiiinnggg aku sayang :D


Apa?! Takde-lah pelik sangat hobi aku tu. Dah takde orang nak dengar aku cakap an. Aku cakap-lah sorangsorang. Lagi BEST! :D


So, bagi sesape yang terbaca blog aku ni, minta maaf seribu jari la ya. Mungkin ada post yang buat anda fikir saya gila. Tapi saya memang begini :) So, terima-lah saya seadanya. Kalau tak, nyah kau dari blog aku. Huahua ;D


Okay? Alright? Tata~ (Tiba)


*Tak pasti lagi bila aku nak update blog aku ni balik. Maybe lepas SPM kot. Huhu. Tak lama lagi pown. Doakan aku ya blogger-ians sekalian :DD